Friday, December 18, 2009

Surat berkaitan Buku : Penulisan Kes Kaunseling Sekolah Menengah Malaysia


Surat JPNS/SPK/HEM/A25091/01/26/Jld 2(0) bertarikh 8 Julai 2009 adalah dirujuki.

Perenggan 2 surat tersebut menyebut...semua sekolah menengah dan rendah adalah digalakkan untuk membeli sekurang-kurangnya dua buah buku koleksi ini sebagai panduan Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan tugas harian masing-masing. Buku ini juga perlu disimpan sebagai koleksi wajib perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah-sekolah Malaysia KPM dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) dari semasa ke semasa akan menerbitkan lebih banyak penerbitan bagi mempertingkatkan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling negara.

Perenggan 3 surat pula menyebut ..Bagi tujuan pembelian set buku tersebut, pihak sekolah boleh menggunakan peruntukan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Setiap buku dijual dengan harga RM 30.00......Semua cek berpalang/ pembayaran secara "bank in" adalah kepada Bendahari Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan, No. Akaun CIMB 1479 0000 0660 58. Slip 'bank in' hendaklah diserahkan sebagai bukti bila memungut koleksi tersebut dari Jabatan Pelajaran Negeri . ( Buku tersebut sebenarnya telah diedarkan kepada pengerusi MGK Daerah masing-masing: sila dapatkan koleksi tersebut melalui pengerusi MGK Daerah- Harap Maklum)

Surat ini telah ditandatangani oleh Dr.Haji Zahri bin Aziz, Pengarah Pelajaran JPNS

No comments:

Post a Comment