Tuesday, December 22, 2009

Taklimat L4 dan e-Pantau B&K


Guru -guru Kaunseling Sekolah Menengah yang mengikuti Kursus Peningkatan Profesionalisme GB&K Negeri Selangor di Pulau Pangkor pada 26-28 Mei 2009 yang lalu telah didedahkan dengan Pelaporan L4 dan e-Pantau sebagai persediaan e-pantau B&K yang akan digunakan semasa pemantauan perkhidmatan B&K di sekolah-sekolah.

Seminar Peningkatan Profesionalisme Guru Kaunseling Negeri Selangor 2009


Pembinaan Pasukan/ Aktiviti 'Ice-breaking'oleh En.Azman Abas



En.Khairuddin b. Mohd.Amin, Peg.Kaunseling JPNS menyampaikan hadiah kepada peserta kursus.

Bayaran Yuran Pendaftaran dan Keahlian MGKS

Terima kasih kepada ahli-ahli Majlis Guru Kaunseling Selangor yang telah mendaftar melalui MGK Daerah masing-masing. Yuran Pendaftaran adalah sebanyak RM 20.00 , manakala RM 10.00 adalah yuran tahunan.
Menurut fasal 16 Perlembagaan MGK Kebangsaan, agihan wang yuran ialah sebanyak 50% kepada daerah, 30% kepada MGK Negeri dan 20% kepada MGK Kebangsaan.

Berikut adalah pembahagian yuran :

Bayaran kpd MGK Daerah,MGK Selangor dan MGK Kebangsaan

RM 20.00 : RM 10.00 RM 6.00 RM 4.00
RM 10.00 : RM 5.00 RM 3.00 RM 2.00

Jawatankuasa MGK Selangor 2009

Penasihat : Dr.Hj.Zahri bin Aziz
Pengarah Pelajaran Negeri Selangor
Ex-Officio: En. Khairuddin bin Mohd. Amin
Pegawai Kaunseling JPNS
YDP MGKS : En. Mohd. Isa bin Hassan
SMK Bandar Baru Sultan Suleiman, Klang
Naib YDP I: Pn.Hjh. Hamidah bt. Mohammad Ali
SMK Bukit Rahman Outra, Gombak
Naib YDP II:En. Azman Abas
SMK Seksyen 24(2) Shah Alam
Setiausaha Kehormat:En. Mohamad bin Mohamed Said (sehingga Mac 2009)
(kini di Unit Pend.Swasta ,JPNS)
Penolong Setiausaha:Pn. Yusnita bt. Mohamed Yusop
SMK (P) Bukit Kuda, Klang
Bendahari Kehormat:En. Hamid bin Mohd@Asanar
SMK Telok Panglima Garang, Kuala Langat
Ahli Jawatankuasa : YDP MGK Daerah
Klang : Pn. Sally Jow Sau Lee/ En.Surani Shairi
Kuala Selangor : En. Sani Hussin (SMK SAA,Kuala Selangor)
Petaling Utama : En. Harun Othman (SMK SEksyen 10,Kota Damansara)
Sabak Bernam : En.Alias Majit (SMK Ungku Aziz,Sabak Bernam)
Gombak : En. Shah lail bin Ramli (SMK Selayang Baru)
Kuala Langat : EN.Ahmad Fauzi bin Hashim (SMK Bukit Changgang)
Petaling Perdana :Pn.Abidah Omar( SMK Seri Indah)
Sepang : En.Mohamad Shamsul bin Shahid (SMK Pantai Sepang Putra)
Hulu Langat : En. Zulkifli bin Malik (SMK Tinggi Kajang)
(skrg tugasan disandang oleh En.Rosli Suyot)
Hulu Selangor : Pn.Aishah bt Abd.Ghani (SMK Bukit Sentosa)
(skrg tugasan disandang oleh En.Yunus b. Jurait)
dari SMK Serendah, Hulu Selangor
Pemeriksa Kira-kira :
En.Rosli b. Suyot (SMK Sultan Abd.Aziz) Integrasi -Kajang
Pn.Muniyammah a/p Mutusamy (SMK Seksyen 10,Kota Damansara)

Friday, December 18, 2009

Laporan Aktiviti MGK Selangor 2009

Berikut adalah aktiviti-aktiviti MGK Selangor yang telah dijalankan sepanjang Tahun 2009

BIL .AKTIVITI , TARIKH dan TEMPAT

1. Mesyuarat MGKS Bil 1/2009 pada 13.2.2009 di Bilik Mesyuarat 1, PPD Klang
2. Mesyuarat MGKS Bil.2/2009 pada 18.3.2009 di Bilik Mesyuarat Semarak, BTP N.Selangor
3. Mesyuarat MGK Bil.3/2009 pada 24.4.2009 di Bilik Mesyuarat Utama
JPNS,Seksyen 4,Shah Alam
4 .Kursus Peningkatan Profesionalisme GBK Selangor 2009 pada 26-28.5.2009 di Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor,Perak
5. Urusetia Seminar Guru Kaunseling Kebangsaan 2009 pada 15-18.6.2009 di Hotel Gold Course, Klang
6. Seminar PRS Negeri Selangor 2009 pada 22-25 .6.2009 di Kem Bina Negara,Tg.Rhu,Sepang
7 .Mesyuarat MGKS Bil.4/2009 pada 17.12.2009 di Bilik Mesy.Semarak,BTP N.Selangor

Blog MGK Daerah-Daerah Selangor

Semua Pengerusi MGK Daerah diminta memastikan pembinaan Blog MGK Daerah masing-masing. Sebagaimana yang kita maklum, banyak sekolah telah membina blog UBK masing-masing. Dengan adanya blog MGK Daerah, maklumat program daerah ,laporan aktiviti 2009, perancangan aktiviti 2010 dapat disampaikan melalui blog tersebut.Selain itu, link antara blog sekolah-sekolah juga boleh dihasilkan. Ini akan memastikan blog UBK semua sekolah,MGK Daerah dan MGK Selangor dapat dimantapkan sebagai penyampai maklumat terus kepada semua pihak yang ingin mengetahui perkembangan bimbingan dan kaunseling.

Salah satu perancangan MGK Selangor pada tahun 2010, ialah memastikan semua Blog MGK Daerah diwujudkan melalui Kursus Jurulatih Pembinaan Blog B&K .

Surat berkaitan Buku : Penulisan Kes Kaunseling Sekolah Menengah Malaysia


Surat JPNS/SPK/HEM/A25091/01/26/Jld 2(0) bertarikh 8 Julai 2009 adalah dirujuki.

Perenggan 2 surat tersebut menyebut...semua sekolah menengah dan rendah adalah digalakkan untuk membeli sekurang-kurangnya dua buah buku koleksi ini sebagai panduan Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan tugas harian masing-masing. Buku ini juga perlu disimpan sebagai koleksi wajib perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah-sekolah Malaysia KPM dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) dari semasa ke semasa akan menerbitkan lebih banyak penerbitan bagi mempertingkatkan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling negara.

Perenggan 3 surat pula menyebut ..Bagi tujuan pembelian set buku tersebut, pihak sekolah boleh menggunakan peruntukan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Setiap buku dijual dengan harga RM 30.00......Semua cek berpalang/ pembayaran secara "bank in" adalah kepada Bendahari Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan, No. Akaun CIMB 1479 0000 0660 58. Slip 'bank in' hendaklah diserahkan sebagai bukti bila memungut koleksi tersebut dari Jabatan Pelajaran Negeri . ( Buku tersebut sebenarnya telah diedarkan kepada pengerusi MGK Daerah masing-masing: sila dapatkan koleksi tersebut melalui pengerusi MGK Daerah- Harap Maklum)

Surat ini telah ditandatangani oleh Dr.Haji Zahri bin Aziz, Pengarah Pelajaran JPNS

Mesyuarat Majlis Guru Kaunseling Bil.4/2009


Mesyuarat J/K Majlis Guru Kaunseling Selangor Bil.4/2009 telah diadakan pada 17.12.2009 yang lalu di Bilik Semarak, Bhg.Teknologi Pendidikan Selangor Seksyen 19 Shah Alam.
Mesyuarat ini membincangkan tentang Buku kajian kes kaunseling , Laporan Aktiviti MGK Daerah dan Perancangan Aktiviti 2010.

Bagi buku kajian kes kaunseling, surat tentang buku tersebut telah dikeluarkan oleh pihak JPNS bertarikh 8 Julai 2009 dan telah diedarkan ke 10 daerah di Negeri Selangor. Sehubungan itu, sesiapa yang telah membuat bayaran ke akaun CIMB Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (1479 0000 0660 58), pastikan cek/cash deposit slip di 'fotostat' sebagai salinan cikgu dan yang asal serahkannya kepada Pengerusi MGK Daerah masing-masing. Dapatkan resit bayaran dan buku tersebut daripada beliau.

YDP MGK Selangor, En. Mohd Isa bin Hassan telah mengedarkan buku-buku tersebut kepada pengerusi MGK Daerah masing-masing. Pihak MGK Selangor memohon maaf kerana tiada bekalan buku tersebut di PPD masing-masing. Sebarang kesulitan harap dimaafi.