Friday, December 18, 2009

Mesyuarat Majlis Guru Kaunseling Bil.4/2009


Mesyuarat J/K Majlis Guru Kaunseling Selangor Bil.4/2009 telah diadakan pada 17.12.2009 yang lalu di Bilik Semarak, Bhg.Teknologi Pendidikan Selangor Seksyen 19 Shah Alam.
Mesyuarat ini membincangkan tentang Buku kajian kes kaunseling , Laporan Aktiviti MGK Daerah dan Perancangan Aktiviti 2010.

Bagi buku kajian kes kaunseling, surat tentang buku tersebut telah dikeluarkan oleh pihak JPNS bertarikh 8 Julai 2009 dan telah diedarkan ke 10 daerah di Negeri Selangor. Sehubungan itu, sesiapa yang telah membuat bayaran ke akaun CIMB Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (1479 0000 0660 58), pastikan cek/cash deposit slip di 'fotostat' sebagai salinan cikgu dan yang asal serahkannya kepada Pengerusi MGK Daerah masing-masing. Dapatkan resit bayaran dan buku tersebut daripada beliau.

YDP MGK Selangor, En. Mohd Isa bin Hassan telah mengedarkan buku-buku tersebut kepada pengerusi MGK Daerah masing-masing. Pihak MGK Selangor memohon maaf kerana tiada bekalan buku tersebut di PPD masing-masing. Sebarang kesulitan harap dimaafi.

No comments:

Post a Comment